- Anda boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di peringkat ijazah di universiti-universiti terbaik di seluruh Mesir seperti berikut:-
1) Universiti Al-Azhar
Universiti Al-Azhar merupakan salah satu lambang kemasyhuran bumi Mesir. Universiti yang dibuka pada tahun 970 ini merupakan antara universiti yang tertua di dunia. Pada mulanya universiti ini hanya menempatkan fakulti Pengajian Islam sebelum dimodenkan dengan memasukkan fakulti yang lain seperti perubatan pada tahun 1962.
2) Universiti Cairo
Universiti Cairo ini terletak di bandar Giza . Universiti ini hanya menawarkan fakulti perubatan untuk pelajar asing. Merupakan antara universiti yang terbaik di Bumi Mesir. Pada tahun 2008 universiti ini berada pada kedudukan ke 10 universiti terbaik di benua Afrika.
3) Universiti Ain-Shams
Universiti ini dibuka pada tahun 1950. Universiti yang kedua terbesar di Mesir ini terletak di Abbasiah berdekatan dengan Malaysian Hall. Pada tahun 2009 universiti ini diiktiraf universiti yang ke 3 terbaik di Mesir dan ke 15 di benua Afrika. Kini universiti ini mempunyai 8 kampus di seluruh Mesir.
4) Universiti Zaqaziq
Universiti Zagazig ini terletak di bandar Zagaziq kira-kira 80km dari bandar Kaherah.Universiti ini dibuka pada tahun 1974 dan kini menempatkan 15 fakulti termasuk fakulti Perubatan dan Farmasi dan juga mempunyai hospital universiti untuk kemudahan rakyat setempat.
5) Universiti Tanta
Universiti ini terletak di bandar Tanta kira 200km dari bandar besar Kaherah. Dibuka pada tahun 1962 dan kini terdapat 11 fakulti dan satu cawangan di Kafar Ash Shaykh. Pelajar boleh memilih samada ingin mengikuti kursus perubatan,pergigian atau farmasi di sini.
6) Universiti Mansoura
Universiti ini dibuka pada tahun 1972 dan terletak di bandar Mansurah. Pada tahun 2008 universti ini diiktiraf sebagai universiti yang ke 3 terbaik di Mesir dan ke 15 di benua Afrika. Juga menawarkan kursus perubatan,pergigian dan juga farmasi.
7) Universiti Alexandaria
Universiti ini terletak di bandar perlancongan Iskandariah. Dibuka pada tahun 1938 dan kini merupakan universiti yang kedua tertua di Mesir selepas Universiti Al-Azhar.
- Kursus pengajian Islam dan Bahasa Arab hanya di universiti al-Azhar.








