ALIRAN PROSES PERMOHONAN
1) Isi dan lengkapkan borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak syarikat. (Borang boleh didapati diblog ini atau di ibu pejabat).
2) Isi dan lengkapkan Borang KPT- borang permohonan dan pendaftaran pengajian luar Negara yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). (Borang boleh didapati diblog ini atau terus ke ibu pejabat syarikat).
3) Menyediakan segala dokumen penting yang diperlukan bagi pengurusan permohonan diperingkat kementerian. Maklumat dokumen sila rujuk di halaman blog.
4) Menyerahkan borang pendaftaran dan borang KPT bersama dokumen kepada pihak syarikat untuk proses penterjemahan dan pengesahan sijil diperingkat kementerian sebelum 30 APRIL 2010.
MEI
5) Permohonan anda akan disahkan oleh KPT dalam tempoh seminggu dan akan terus dihantar ke pihak Jabatan Penuntut Malaysia Mesir untuk proses kemasukan ke universiti yang dipilih. Proses mengambil masa sebulan.
6) Surat tawaran tempat pengajian serta surat sokongan pengajian luar Negara akan diterima dalam tempoh sebulan.
JULAI
7) Membuat pasport di Jabatan Imegresen. (Selepas mendapat surat sokongan pengajian luar Negara).
8) Urusan pembelian tiket oleh pihak syarikat.
9) Penghantaran pelajar ke luar negara bersama pengiring yang bakal menguruskan sambutan dan penempatan.